Membina generasi rabbani yang berintegriti melalui pengukuhan sahsiah, bimbingan syariat, dan kolaborasi strategik demi kemajuan ummah yang mampan.
Kerjasama adalah kunci utama. Kami berkolaborasi bersama Persatuan, Surau, dan komuniti masyarakat setempat untuk membawa Tarbiyah yang berkesan.
Bekerjasama dengan persatuan-persatuan untuk meluaskan impak tarbiyah dan keberkesanan program kebajikan secara profesional.
Mengaktifkan peranan surau sebagai pusat ilmu dan penyatuan ummah melalui pengisian rohani dan kelas pengajian yang sistematik.
Melaksanakan inisiatif pembangunan sosial bersama masyarakat setempat demi melahirkan persekitaran yang sihat dan berakhlak.
Aqidah yang mantap dan Syariah yang terpelihara adalah kunci kekuatan ummah. Di IMAN, kami membimbing pelbagai generasi untuk memahami teras kepercayaan Islam dan menterjemahkannya ke dalam amalan harian. Matlamat kami adalah melahirkan individu yang berpegang teguh kepada prinsip agama, sekaligus menjadi rahmat dan pemimpin yang berintegriti dalam masyarakat setempat.
Sertai pertubuhan ini untuk membantu orang lain membina nilai-nilai Islam.
Daftar Sekarang →Adakah anda dari persatuan/institusi lain? Mari kita jalankan program bermanfaat bersama.
Hubungi Kami →